BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, April 30, 2012

Ku ber-DOA


Ku berdoa,
Di tengah keheningan malam nan sunyi.
Di tengah kedinginan mengulit mimpi manusia,
Ketandusan idea dan kasih yang mulia..

Ku berdoa,
Meskipun keheningan malam menguasai suasana,
Kerna ku tahu,
Keheningan itu lebih mujarab..

Ku berdoa
Diselangi air mata membasahi kelopak mata,
Air mata ku umpama tembok yang terlalu payah untuk gugur,
Tetapi di saat ku berdoa,
Mudahnya air mata itu gugur ke bumi,
Membasahkan tikar sejadahku..

Ku berdoa,
Andai dunia ini dipenuhi sengketa,
Penuhilah ia dengan kebaikan,
Kerana sesungguhnya kebaikan itu lebih mulia daripada sengketa..

Ku berdoa,
Agar aku serta saudara seISLAMku tidak terpedaya,
Dengan fitnah dan kenikmatan dunia,
Semoga kami tetap bersikap zuhud terhadap dunia,
Dan lebih mencintai akhirat daripada dunia..

Ku berdoa,
Agar masih punya rasa malu melihat kemungkaran,
Dan tegar menegur perkara mungkar,
Sepertimana yang dilakukan,
Para mujahid dan mujahidah terdahulu..

Ku berdoa,
Andai tiba waktu penentuan,
Agar DIA menyelamatkan kami daripada seksa neraka,
Semoga Nabi Muhammad S.A.W memberikan syafaat baginda,
Demi umatnya yang tercinta..

Ku berdoa,
Di penghujung hariku terakhir,
Matikanlah aku dalam iman,
Jauhi aku daripada fitnah dunia,
Juga dari orang yang selalu mendengki..

Ku berdoa,
Padamu ya Rabbku,
Moga-moga kau mengabulkan perminataanku,
Hambamu yang lemah dan sering mengharap pertolongan,
Yang hina dina..

Aku menanti Dirimu


Aku menantimu,
Walau beribu tahun berlalu kan ku tetap setia,
Kerna itulah satu janji buat diriku,
Bukanku kejam terhadap diriku,
Tetapi mengertilah,
Hati dan perasaanku ini hanya satu,
Dan yang satu ini telah kuserahkan kepadamu..

Aku menanti,
Terus di sini,
Tetap setia bersama,
Suka dan dukamu kurasai walau tidak kau ceritakan,
Aku ingin kau tahu,
Aku tetap menunggu,
Walau kamar hati kosong tidak berpenghuni..

Aku menanti,
Di sebalik tirai semalam,
Bersenandungkan alunan muzik nan syahdu,
Menanti dan terus menanti,
Meski pintu kasihmu tidak terbuka,
Walau cintamu tidak kugapai..

Aku menanti,
Biar terus dilukai,
Meski terus disakiti,
Dirimu,
Kerna sesungguhnya aku ingin bersamamu,
Walau kata hinaan dan cercaan dilemparkan kepadaku,
Kejamnya manusia..

Inilah nasibku,
Perindu yang tiada hujung,
Pencinta yang tidak tega membenci,
Biarpun hati ini umpama kristal,
Yang terlalu retak untuk menerima keperitan,
Hidup semalam membantu aku,
Untuk tetap setia menanti..

Aku terus di sini,
Mengharap kasih yang tidak pasti...

Saturday, April 14, 2012

Perumpamaan Wanita


Seindah mawar berduri,
Itulah perumpamaan buatmu wanita-wanita,
Tingginya harga dirimu,
Sehingga dikau diibaratkan bidadari dunia,
Tapi mampukah dikau mengerti,
Dunia ini hanya sementara,
Dikejar dunia membawa bahagia,
Tapi dikejar akhirat lebih membahagiakanmu.

Seindah mawar berduri,
Itulah gelaranmu wahai kaumku,
Engkau amat berharga,
Jika hidup memerlukan cinta,
Andai jasad memerlukan nyawa,
Itulah nilai dirimu,
Jadilah wanita solehah yang mampu membahagiakan,
Ibu bapa,orang tua,keluarga,sahabat dan orang di sekelilingmu,
Janganlah sesekali ku meletakkan hargamu,
Terlalu rendah di mata masyarakat.

Seindah mawar berduri,
Bangkitlah wahai kaumku wanita,
Janganlah kau tegar menconteng arang ke muka sendiri,
Tidakkah kau menyesali,
Tidakkah kau bersyukur,
Tuhanmu memberikanmu peluang untuk terus bernafas,
Walaupun banyak muslihat keji,
Terlalu banyak kerosakan,
Yang disebabkan dirimu wanita..

Wanitaku,
Bangkitlah kalian,
Perjuangkan ISLAM,
Jadilah srikandi berjasa,
Kuatlah dikau seperti Sumaiyyah,
yang diseksa dan dibunuh,
Tabahlah dikau menghadapi dugaan,
Seperti tabahnya Nabi Daud menghadapi ujian dengan cekal,
Berjuanglah kamu seperti Siti Khadijah Khuwailid,
yang menjadi sayap kiri perjuangan Rasulullah..

Wanitaku,
Nilaimu tersangatlah mahal,
Usahlah merendahkan harga dirimmu demi seorang adam,
Kerana jodohmu pasti tiba,
Bukankah lelaki yang baik untuk wanita yang baik,
Dan lelaki yang jahat untuk wanita yang jahat,
itu janjimu terhadapmu,
Antara kebaikan dan kejahatan,
Dimana pilihanmu,
Syurga atau neraka..

Wanitaku,
Tanganku hanya mampu mencoretkan cerita,
Di satu lembaran yang hanya membisu,
Aku mengharapkan kalian,
Berubahlah menjadi yang lebih baik,
Jadilah muslimah sejati,
Bukan muslimah hanya pada nama,agama atau darjat..

Friday, April 13, 2012

Second Blog :~

Hye,Assalam..
nim adlah Blog ke 2 sy selepas Life brief candle,utk karya2 sy..thanx..