Saturday, April 14, 2012
Perumpamaan Wanita
Seindah mawar berduri,
Itulah perumpamaan buatmu wanita-wanita,
Tingginya harga dirimu,
Sehingga dikau diibaratkan bidadari dunia,
Tapi mampukah dikau mengerti,
Dunia ini hanya sementara,
Dikejar dunia membawa bahagia,
Tapi dikejar akhirat lebih membahagiakanmu.
Seindah mawar berduri,
Itulah gelaranmu wahai kaumku,
Engkau amat berharga,
Jika hidup memerlukan cinta,
Andai jasad memerlukan nyawa,
Itulah nilai dirimu,
Jadilah wanita solehah yang mampu membahagiakan,
Ibu bapa,orang tua,keluarga,sahabat dan orang di sekelilingmu,
Janganlah sesekali ku meletakkan hargamu,
Terlalu rendah di mata masyarakat.
Seindah mawar berduri,
Bangkitlah wahai kaumku wanita,
Janganlah kau tegar menconteng arang ke muka sendiri,
Tidakkah kau menyesali,
Tidakkah kau bersyukur,
Tuhanmu memberikanmu peluang untuk terus bernafas,
Walaupun banyak muslihat keji,
Terlalu banyak kerosakan,
Yang disebabkan dirimu wanita..
Wanitaku,
Bangkitlah kalian,
Perjuangkan ISLAM,
Jadilah srikandi berjasa,
Kuatlah dikau seperti Sumaiyyah,
yang diseksa dan dibunuh,
Tabahlah dikau menghadapi dugaan,
Seperti tabahnya Nabi Daud menghadapi ujian dengan cekal,
Berjuanglah kamu seperti Siti Khadijah Khuwailid,
yang menjadi sayap kiri perjuangan Rasulullah..
Wanitaku,
Nilaimu tersangatlah mahal,
Usahlah merendahkan harga dirimmu demi seorang adam,
Kerana jodohmu pasti tiba,
Bukankah lelaki yang baik untuk wanita yang baik,
Dan lelaki yang jahat untuk wanita yang jahat,
itu janjimu terhadapmu,
Antara kebaikan dan kejahatan,
Dimana pilihanmu,
Syurga atau neraka..
Wanitaku,
Tanganku hanya mampu mencoretkan cerita,
Di satu lembaran yang hanya membisu,
Aku mengharapkan kalian,
Berubahlah menjadi yang lebih baik,
Jadilah muslimah sejati,
Bukan muslimah hanya pada nama,agama atau darjat..
Posted by Lurve FiRa at 6:06 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment